
“Seawal pukul 10 pagi lagi orang dah beratur nak dapatkan perkhidmatan kesihatan percuma mobile clinic ni.”
Demikian adalah antara maklum balas positif mengenai inisiatif klinik bas bergerak anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Sudah dua hari program mobile clinic berlangsung di Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan kelihatan sambutan hari ini lebih meriah berbanding semalam.
Menurut pengerusi masjid berkenaan, Mohd Nizam Shah Mohd Nor, beliau menggalakkan semua ahli kariah masjid dan orang ramai untuk merebut peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma ini.


“Sudah terbukti bahawa program seperti ini amat meringankan beban mereka yang hidup serba kekurangan, malah saya difahamkan bahawa keberhasilannya terserlah kerana seawal pukul 10 pagi lagi orang dan mula hadir bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Terima kasih kepada pihak MAIWP-MAPIM atas insiatif klinik bergerak ini yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat, malah ubat-ubatan juga adalah percuma, saya berharap sangat agar usaha ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.


Jumlah keseluruhan yang hadir sepanjang berlangsungnya program ini mencecah 130 orang dengan kekuatan lapan orang sukarelawan yang membantu dua doktor bertugas.
Riak wajah penduduk yang hadir rata-ratanya menunjukan terpegun melihat fasaliti yang disediakan oleh bas mobile clinic.
Program ini tidak akan terhenti di sini, ia akan diteruskan lagi di lokasi lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
The post Penduduk Taman Ibukota terpegun lihat inovasi mobile clinic MAIWP-MAPIM first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.
