Penduduk terpaksa pindah akibat air pasang besar

12 Jan 2025 • 8:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penduduk yang tinggal di tepi pantai terpaksa berpindah ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai. Foto fail Bernama

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan air pasang besar sehingga penduduk yang tinggal di tepi pantai terpaksa berpindah ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

PPS tersebut diaktifkan bermula jam 9 malam Sabtu bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.

Difahamkan pasukan penyelamat antaranya Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha membantu memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat.

Sehingga jam 8 pagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu merekodkan sebuah sungai di paras bahaya iaitu daerah Besut melibatkan Sungai Besut di Jambatan Keruak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved