Penembak negara bidik tiket Sukan Olimpik

29 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Penembak negara bidik tiket Sukan Olimpik

Kurang seminggu sebelum Kejohanan Menembak Dunia ISSF 2026 membuka tirainya pada awal November di Doha, Qatar, dan barisan skuad menembak negara bakal turun dengan misi besar iaitu mengejar kuota menuju Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 buat Malaysia.

Untuk perebutan kuota itu, seseorang atlet tersebut perlu sekurang-kurangnya memenangi pingat di Doha.

Lantaran itu, pemegang rekod Sukan SEA 50 meter rifle tiga posisi, Gan Chen Jie, berhasrat untuk sekurang-kurangnya layak ke final terlebih dahulu.

Namun, pemegang rekod Sukan SEA dengan 451.7 mata itu tidak menolak sekiranya berpeluang menyambar pingat bagi membuka laluan ke pentas Sukan Olimpik baik sebelum menutup musim 2026 dengan Kejohanan Menembak Kebangsaan, diikuti Sukan Universiti ASEAN (AUG).

"Saya akan berikan persembahan terbaik untuk melayakkan diri final.

"Tapi saya perlu mencatat mata yang tinggi dan mengatasi rekod sendiri," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved