Penemuan bangkai ketiga gajah tanpa kepala di Kalabakan

LocalEnvironment
11 Apr 2025 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mengesahkan bangkai gajah pygmy Borneo tanpa kepala yang ditemui di dalam blok ladang sawit di kawasan Kalabakan pada tengah hari Rabu, sudah mereput dan membusuk teruk.

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, keadaan itu menyebabkan pasukannya tidak dapat melakukan bedah siasat terhadap bangkai berkenaan.

“Bangkai gajah ini sudah mereput dan dijangkakan dibunuh terlebih dahulu berbanding gajah kedua yang ditemui sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Daily Express.

Menurutnya, ketiga-tiga gajah itu dipercayai dibunuh pada Januari lepas dan awal bulan ini.

Dengan penemuan terbaharu itu, katanya, kini terdapat tiga kes bunuh gajah pygmy Borneo dilaporkan pada tahun ini sahaja.