Penemuan Baru Hanya Di Sabah Sarawak, Semenanjung Malaysia Semakin Berkurangan Sumber Minyak Dan Gas

17 Nov 2024 • 2:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan sebanyak 50%

Penemuan Baru Hanya Di Sabah Sarawak, Semenanjung Malaysia Semakin Berkurangan Sumber Minyak Dan Gas. Dipetik daripada Berita Harian, sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung Malaysia dilaporkan telah berkurangan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan sumber berharga ini sebelum ini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan. Namun, kini minyak dan gas hanya banyak ditemui di Sabah dan Sarawak berdasarkan penemuan terbaru, bukan lagi di Semenanjung.

image is not available
Penemuan Baru Hanya Di Sabah Sarawak, Semenanjung Malaysia Semakin Berkurangan Sumber Minyak Dan Gas. Sumber foto: Berita Harian

Beliau berkata, Semenanjung semakin kehilangan sumber minyak dan gas. Dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu, pengeluaran minyak mencecah 700,000 tong sehari. Tetapi kini ia berkurang kepada hanya 350,000 tong sehari.

Menurut Rafizi, pengurangan sumber minyak dan gas ini memberi cabaran besar kepada kerajaan dalam pengagihan dan peruntukan hasil kepada negeri-negeri.

Di Semenanjung, kita kini mengimport 30 peratus gas untuk menjana elektrik bagi keperluan industri. Jika langkah tidak diambil, kita akan terus bergantung pada negara asing,” tambah beliau lagi.

image is not available
Sumber foto: Berita Harian

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) anjuran Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Rafizi turut menjelaskan bahawa sumber minyak dan gas di Sabah dan Sarawak digunakan untuk memenuhi keperluan domestik kedua-dua negeri tersebut.

Jelas beliau lagi, selain memenuhi tuntutan di Sabah dan Sarawak, sebahagian besar sumber ini juga dieksport dan terikat dengan perjanjian jangka panjang bersama pembeli luar.

Lagi artikel berkaitan untuk anda di sini: