Penemuan objek disyaki bom, Substesen Pulau Sibuan ditutup sementara

7 Jan 2025 • 9:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEMPORNA, 7 JAN: Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di bawah Taman-Taman Sabah ditutup sementara susulan penemuan objek disyaki bom daripada perang dunia kedua, di sini hari ini.

“Penutupan sementara itu bermula pada 12.30 tengah hari, segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).

Taman-Taman Sabah turut memaklumkan kawasan terbabit dalam keadaan selamat ketika ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved