SHAH ALAM, 30 DIS: Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya ditutup sementara kepada orang awam selama tiga hari mulai 5 Januari.
Majlis Perbandaran Sepang menerusi Facebook memberitahu taman kucing seluas 1,000 kaki persegi itu ditutup bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Mac tahun lalu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli merasmikan pusat perlindungan untuk kucing terbiar itu.

Mula dibuka pada Februari, Taman Kucing Cyberjaya mampu menempatkan 200 hingga 300 kucing pada satu-satu masa.
Taman berkenaan dilengkapi klinik, unit rawatan rapi, unit pemulihan dan unit rawatan ibu dan anak kucing.
Dikendali Majlis Perbandaran Sepang, pihak berkuasa tempatan itu juga melantik panel doktor veterinar supaya kesihatan haiwan berkenaan terjaga.

The post Taman Kucing Cyberjaya ditutup sementara, beri laluan kerja senggara appeared first on Selangorkini.


