Penemuan Terkini Sama Dengan Bedah Siasat, Kematian Nidza Afham Sah Tiada Unsur Jenayah

LocalEntertainment
21 Aug 2024 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kematian penyanyi, Nidza Afham yang mayatnya ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu disahkan tiada unsur jenayah.

Penemuan konsisten, tiada unsur jenayah

image is not available

Hasil bedah siasat terkini oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) konsisten seperti laporan bedah siasat terdahulu oleh Hospital Shah Alam, lapor Buletin TV3.

Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR).

Kes kematiannya kekal seperti yang diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini yang mengklasifikasikan kes sebagai Kematian Mengejut (SDR).

JSJ masih meneruskan siasatan termasuk meneliti dan melawat semula lokasi kejadian sekiranya wujud unsur jenayah.

Kes dibuka semula jika ada bukti baru

Bagaimanapun, pegawai penyiasat masih meneliti dengan lebih terperinci jika ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau saksi yang boleh memberi info baharu.

Sekiranya ada petunjuk, kami akan mengumpul segala bukti dan mengklasifikasi semula kes berkenaan. – Mohd Shuhaily

Terdahulu, Nidza Afham, 23 dipercayai keluar joging di Stadium Sultan Suleiman, Klang bersendirian sebelum hilang jejak pada jam 9 malam pada 13 Ogos 2024.

Mayat kemudiannya ditemukan di Sungai Klang sekitar jam 7 petang keesokan harinya manakala dompet dan telefon bimbit dijumpai berada di tepi Jambatan Sungai Klang.

Sumber: Buletin TV3

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.