Penerbangan ‘Direct’ AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Jakarta Akan Dibuka Semula

13 Jan 2024 • 2:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan ini akan kembali pada bulan Februari tahun ini

Penerbangan ‘Direct’ AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Jakarta Akan Dibuka Semula. Dilaporkan bahawa AirAsia bakal mengembalikan semula penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Jakarta bermula 6 Februari akan datang.

Hal ini dilakukan kerana permintaan untuk perjalanan ke luar negara semakin meningkat.

image is not available
Penerbangan ‘Direct’ AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Jakarta Akan Dibuka Semula

Pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia untuk pelancong

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew , pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia untuk pelancong dari semua negara sejak April 2022 telah merancakkan percutian ke luar negara.

Dengan pembukaan semula penerbangan ke luar negara ini, para pelanggan boleh memilih lebih banyak destinasi percutian memandangkan perayaan Tahun Baharu Cina akan muncul tidak lama lagi.

image is not available

Penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu

Jelas beliau lagi, penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu selepas pandemik amat dialu-alukan dan ia juga merupaka penerbangan antarabangsa kesepuluh syarikat berkenaan ke Sabah.

Kekerapan penerbangan ini difahamkan adalah sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

AirAsia dijadualkan terbang dari Jakarta ke Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari (waktu Jakarta) pada 6 Februari, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 3.55 petang (waktu tempatan).

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/myairline-dapat-pelabur-dari-timur-tengah/

https://www.iloveborneo.my/pedofilia-hukuman-penjara-40-tahun/