Misi KKFVA ‘gapai’ lebih ramai penggiat filem

13 Jan 2024 • 11:41 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BAGI menyokong lebih ramai penggiat seni kreatif khususnya pemain filem di negeri ini, Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) kini dalam proses penjenamaan semula, kata presidennya Chester Pang.

Chester berkata, usaha itu akan menyaksikan KKFVA dinaiktaraf sebagai Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA).

“Ini adalah selaras dengan misi dan matlamat KKFVA untuk meluaskan penyertaan kepada penggiat kreatif di seluruh Sabah dan bukan setakat Kota Kinabalu sahaja.

“Ramai individu dan penggiat seni khususnya pemain filem dari luar kawasan Kota Kinabalu berminat untuk menyertai KKFVA, dan meminta kami mengadakan aktiviti perfileman seperti bengkel asas lakonan dan kursus pengendalian produksi serta teknikal.