Penerbangan Sehala Ke Sabah Dan Sarawak Dihadkan Pada Harga RM300 Bagi Pesta Kaamatan, Gawai Dayak

22 May 2023 • 7:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dihadkan RM300

Penerbangan Sehala Ke Sabah Dan Sarawak Dihadkan Pada Harga RM300 Bagi Pesta Kaamatan, Gawai Dayak. Bagi Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak, semua penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak akan dihadkan pada RM300, tidak termasuk cukai dan yuran.

Menurut sumber, Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin menyatakan bahawa ini adalah hasil kerjasama MOTS dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan syarikat penerbangan utama untuk meningkatkan kekerapan penerbangan pada musim perayaan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: Utusan Sarawak

“Saya berbesar hati mengambil maklum pengumuman Menteri Pengangkutan Malaysia (Anthony Loke) mengenai subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak untuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak.

“Dengan tambang penerbangan sehala dihadkan pada RM300, tidak termasuk cukai dan yuran, ia akan mengurangkan kos perjalanan.”

“Semua syarikat penerbangan utama, termasuk Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia, MYAirline, dan Batik Air, menyertai program subsidi ini,” katanya menerusi laporan.

Tarikh yang ditetapkan seperti dibawah

Menurut laporan The Sun Daily pada 18 Mei, Loke berkata program subsidi yang melibatkan sejumlah 17,708 tiket penerbangan sehala itu ditawarkan untuk tarikh perjalanan 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah serta 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

image is not available
Gambar hiasan Hari Gawai. Sumber: Utusan Borneo

Bahkan, beliau juga berkata pembeli mungkin masih membeli tiket pada harga yang lebih rendah jika harga tiket asal kurang daripada RM300.

Baca juga artikel yang berkaitan: