“Tak sangka ini hadiah ulang tahun” – Shuhada Terima 10 Jahitan Lepas Ditumbuk Hafidz Roshdi

Entertainment
3 Mar 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Media sosial sejak semalam dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku terhadap Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Shuhada mengesahkan ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali ketika mereka dalam kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kirinya.

Harian Metro melaporkan, Shuhada telah menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya atas kekerasan yang berlaku.

image is not available

“Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak”.

Shuhada juga berkata dia tidak akan berdiam diri lagi selepas apa yang berlaku terhadapnya.

Sementara itu, Shuhada turut berpesan kepada wanita didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangganya iaitu Athira Yuhada supaya tidak menipu sedangkan mereka masih lagi berhubung.

“Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan,” katanya.

Menurutnya, anak-anak tidak tahu kejadian menimpa dirinya kerana kini berada di Perlis dan dijaga oleh kedua ibu bapanya. Dia difahamkan sedang berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari atas urusan kerja.

Nekad untuk berpisah selepas apa yang berlaku dan mahu meneruskan kehidupan baru, Shuhada berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac ini berjalan dengan baik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.