Penerimaan Sampel Darah Bagi Kes Keracunan Makanan Melibatkan Dua Kematian Di Daerah Gombak 

13 Jun 2024 • 12:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penerimaan Sampel Darah Bagi Kes Keracunan Makanan Melibatkan Dua Kematian Di Daerah Gombak

PETALING JAYA, 12 Jun 2024 Bahagian Toksikologi di Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima sampel darah mangsa kanak-kanak berusia 2 tahun yang disyaki maut akibat keracunan makanan daripada pegawai penyiasat PDRM pada hari Rabu, 12 Jun 2024.

Ahli Kimia di Bahagian Toksikologi sedang menjalankan analisis terhadap sampel darah tersebut dengan segera, dan pegawai penyiasat akan dimaklumkan sebaik sahaja analisis selesai. KIMIA Malaysia berkomitmen untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi seiring dengan perkembangan sains dan teknologi terkini.

KIMIA Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada.