Pengabaian laporan salah laku: JPA dalam proses ambil tindakan

17 May 2023 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Zuki

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi jawatankuasa khas dalam proses mengambil tindakan berhubung pengabaian lebih 500 laporan salah laku beberapa agensi kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, beberapa langkah segera sudah diambil antaranya Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya akan minta JPA beri penjelasan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Rabu.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.

Berdasarkan statistik, daripada 533 laporan, 125 membabitkan agensi penguatkuasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved