Pengarah & Syarikat Tawar Program Pendidikan Secara ‘Haram’ Disaman Lebih RM2.3 Juta

16 May 2023 • 1:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah syarikat dan seorang pengarah telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar lebih dari RM2.3 juta kerana secara salah mendorong enam plaintif untuk menyertai beberapa perjanjian pelesenan berkaitan program pendidikan peningkatan minda tujuh tahun lalu.

Menurut laporan FMT, Pesuruhjaya Kehakiman, Azlan Sulaiman memutuskan bahawa defendan Safeway Solution Sdn Bhd dan Lim Wei Leong bertanggungjawab atas penipuan, salah nyata dan gagal mendapatkan kelulusan daripada kementerian pendidikan untuk menjalankan program itu.

Beliau juga berpendapat bahawa perjanjian tersebut dicemari dengan beberapa perkara yang jelas menyalahi undang-undang kerana ia melanggar Akta Francais 1998 dan Akta Pendidikan 1996.

image is not available

Disebabkan itu, Azlan telah membatalkan kesemua perjanjian yang dipersetujui oleh 6 plaintif dan juga defendan.

Beliau juga mendapati mereka bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk semua kerugian dan ganti rugi yang dialami, dan memerintahkan mereka memulangkan semula plaintif RM555,000 dan membayar mereka tambahan RM1.8 juta sebagai ganti rugi teladan.

Beliau juga memerintahkan defendan membayar ganti rugi am plaintif yang akan dinilai oleh pendaftar mahkamah dan kos sejumlah RM180,000.

image is not available

Dalam penghakiman 43 muka surat yang disampaikan pada hari Jumaat tersebut, Azlan mendapati bahawa antara tahun 2016 dan 2017, plaintif telah melabur kira-kira RM555,000 dalam program pendidikan bertajuk “Otak Penuh Zon Otak”, pelan peningkatan IQ untuk kanak-kanak selepas membaca catatan Facebook dan menghadiri pembentangan perniagaan tersebut.

Mereka kemudian menyedari syarikat Safeway Solution tersebut tidak mendaftarkan program terbabit dengan kementerian pendidikan, dan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, yang menurut plaintif menjadikan program itu menyalahi undang-undang.

Plaintif juga mendapati bahawa Lim, yang memiliki program itu, juga merupakan minda yang mengawal Safeway Solution.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.