Pengacara No. 1 Malaysia, Datuk Aznil Dilantik Profesor Adjung Universiti Malaya

Entertainment
28 Oct 2023 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut sahaja rancangan realiti televisyen, nama pengacara yang terlintas pastinya tidak lain dan tidak bukan, Datuk Aznil Haji Nawawi. Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, telatah dan gelagat beliau dihadapan kamera pastinya membuatkan penonton terhibur.

Terkini, Pengacara Nombor 1 Malaysia itu telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Perniagaan Dan Ekonomi Universiti Malaya. Perkara itu diumumkan sendiri oleh akaun rasmi universiti berprestij negara semalam. Pengumuman itu boleh dilihat di akaun Facebook Universiti Malaya di bawah.

image is not available image is not available

Pihak univesiti dalam hantaran Facebook itu berkata, pemilihan Pak Nil sebagai Profesor Adjung adalah kerana sumbangan beliau dalam bidang komunikasi penyiaran sehingga menjadi ikon kepada bakat-bakat muda yang lain.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya itu telah memulakan tugasnya pada 9 Oktober yang lalu.

Kami di Lobak Merah mengucapkan ribuan tahniah kepada Datuk Aznil Haji Nawawi atas pencapaian ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.