Pengacara wanita TV program jenayah dihukum mati 


6 Sep 2026 • 6:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengacara wanita TV program jenayah dihukum mati  


KAHERAH: Seorang pengacara wanita televisyen Mesir dijatuhi hukuman mati bersama 11 individu lain atas kesalahan memproses dan mengedar bahan terlarang.

Sarah Khalifa terkenal menerusi kemunculannya dalam rancangan Mission Impossible, sebuah program televisyen Mesir yang membongkar isu keselamatan dan  jenayah selain mempunyai 2.5 juta pengikut di laman Instagram.

Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun itu dilaporkan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah Kaherah pada Sabtu atas peranan beliau dalam sebuah kumpulan jenayah terancang.

Akhbar berkaitan kerajaan, Al-Ahram, melaporkan bahawa Khalifa bersama 11 lagi tertuduh dijatuhi hukuman tersebut atas pertuduhan membentuk kumpulan jenayah terancang yang khusus dalam menghasilkan bahan untuk pembuatan narkotik bagi tujuan pengedaran,memiliki dan membawa senjata api serta amunisi tanpa lesen.

Pihak berkuasa Mesir dilapor merampas lebih 750 kilogram dadah dan bahan mentah. 

Mereka turut membongkar dua buah apartmen yang dijadikan makmal pemprosesan, selain menemui senjata api dan amunisi tanpa lesen.

Kesemua 12 tertuduh dituduh memproses narkotik sintetik bagi tujuan pengedaran dengan membawa masuk bahan pembuatan dari luar negara, menurut laporan media kerajaan.

Keputusan bersalah itu disampaikan minggu ini selepas Mufti Besar Mesir dirujuk bagi mendapatkan pandangan agama.

Ia merupakan prosedur yang diwajibkan oleh undang-undang Mesir bagi kes yang melibatkan hukuman mati. 

Bagaimanapun, keputusan berkenaan masih boleh difailkan rayuan. – AGENSI

The post Pengacara wanita TV program jenayah dihukum mati 
 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved