Pengadil perlawanan Belgium-Sepanyol 'gila' kad kuning

FootballSports
10 Jul 2026 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengadil perlawanan Belgium-Sepanyol 'gila' kad kuning
Michael Oliver telah melayangkan sebanyak lapan kad kuning dalam perlawanan Maghribi-Kanada sebelum ini. Foto Agensi

PENGADIL England, Michael Oliver bakal menjadi tumpuan apabila diberi tanggungjawab mengendalikan aksi suku akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Belgium pada awal pagi Sabtu (3 pagi waktu Malaysia).

Oliver, 41, bersama pembantu pengadil Stuart Burt dan James Mainwaring akan bertugas dalam pertemuan lapan terbaik di Los Angeles, manakala Ramon Abatti dan Rafael Alves dari Brazil masing-masing dilantik sebagai pengadil keempat serta pembantu pengadil simpanan.

Menjelang perlawanan penting itu, Oliver hadir dengan rekod disiplin yang mencuri perhatian apabila sudah melayangkan 15 kad kuning dalam tiga aksi terdahulu sepanjang kejohanan.

Jumlah tertinggi direkodkan ketika pertemuan pusingan 32 antara Kanada dan Maghribi apabila beliau mengeluarkan lapan kad kuning dalam satu perlawanan.

Selain aksi berkenaan, Oliver turut mengendalikan perlawanan Belanda menentang Sweden serta Norway bertemu Perancis sebelum diberikan kepercayaan mengadili pertemuan suku akhir Sepanyol-Belgium.

Aksi di Los Angeles itu turut mencipta sejarah buat Oliver apabila beliau bakal menjadi pengadil England dengan jumlah perlawanan Piala Dunia terbanyak iaitu tujuh aksi, mengatasi rekod pengadil legenda, Howard Webb dan Arthur Ellis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved