Pengadil Poland kendali aksi final Piala Dunia

16 Dec 2022 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Marciniak (tengah) pernah mengendalikan aksi Argentina menentang Australia di peringkat pusingan 16 Piala Dunia Qatar. - Foto Agensi

PENGADIL dari Poland, Szymon Marciniak akan mengendalikan aksi final Piala Dunia Qatar 2022 yang menemukan juara bertahan, Perancis dan Argentina di Stadium Lusail pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat.

Pengadil berusia 41 tahun itu pernah mengendalikan saingan pusingan 16 antara Argentina berdepan Australia.

Sebelum ini dia juga pernah mengadili aksi peringkat kumpulan antara Perancis bertemu Denmark.

Pada aksi final itu, Marciniak akan dibantu rakan senegaranya, Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz.

Ketiga-tiga mereka pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved