
Mahkamah Majistret Shah Alam menolak pengakuan bersalah lelaki yang menghendap seorang jurugambar wanita hari ini.
Majistret Sasha Diana Sabtu telah memutuskan bahawa kes perlu dibicarakan biarpun Mohamad Safiq Rosli, 37, mengaku bersalah atas perbuatan itu.
Artikel Berkaitan : Lelaki Pertama Didakwa Akta Anti-Menghendap Mengaku Bersalah ‘Stalk’ Jurufoto Wanita
Artikel Berkaitan : ‘Stalker’ Ganggu Wanita Selama 8 Tahun Jadi Individu Pertama Didakwa Bawah Akta Anti-Menghendap
Menerusi Harian Metro, ia berikutan dengan pihak pendakwaan membangkitkan isu kewarasan tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas ada mengemukakan bantahan awal terhadap pengakuan tertuduh dan meminta kes itu terus dibicarakan walaupun Mohamad Safiq sudah mengaku bersalah, beliau sifatkannya sebagai bersyarat.
Jelasnya, laporan psikiatri telah membuktikan bahawa tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan (KK).

“Tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.”
“Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta hanya pemeriksaan kesihatan mengenai kewarasan, bagaimanapun pemeriksaan kewarasan ikut undang-undang tidak terjawab.”
“Satu-satunya cara untuk membuktikan kewarasan ikut undang-undang adalah menerusi perbicaraan penuh.”
Pada Jumaat lalu, Mohamad Safiq mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Namun, peguam tertuduh, Fithril Hakim Ab Jalil berkata, keadilan tidak ditegakkan jika anak guam dikekalkan dalam penjara susulan keadaan mentalnya.
Oleh sebab itu,beliau memohon mahkamah mengguna pakai Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah untuk membebaskan seseorang daripada pertuduhan di mahkamah atas alasan gangguan mental sebelum mengarahkannya ditahan di hospital mental mengikut tempoh diperkenan Sultan Selangor.
Sumber : Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

