Pengalaman berharga Fadhil Zonis

1 Mar 2025 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Fadhil. Foto Bernama

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraih pengalaman berguna pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Nilai untuk bangkit lebih kuat pada kejohanan akan datang.

Beliau berkata, prestasi kurang memberangsangkan pada kejohanan tersebut tidak akan mematahkan semangatnya sebaliknya bertekad untuk meningkatkan prestasi ke tahap optimum.

Biarpun sekadar meraih satu pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan lelaki, namun dia tetap positif dengan potensi yang dimilikinya dalam sukan tersebut.

"Kejohanan ini adalah gabungan kebahagiaan, kekecewaan dan pengajaran yang tiada penghujung. Tempat ketiga dalam acara pecut berpasukan, keempat dalam 1 kilometer (km) ujian masa dan kelapan dalam acara keirin.

"Bersyukur atas pengalaman ini dan bersedia untuk bekerja lebih keras bagi meningkatkan prestasi. Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik,"katanya.

Pelumba berusia 28 tahun itu diletakkan harapan untuk meraih pingat dalam acara 1km ujian masa, namun terpaksa akur terlepas podium menerusi catatan satu minit 00.896 saat (s).

Sebagai rekod, dalam ACC 2023, Muhammad Fadhil melakar sejarah apabila memenangi emas 1km ujian masa yang pertama dalam kariernya menerusi catatan masa 1:00.559s.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved