Pengalaman pelajar menyertai program Khatam Al-Quran 4.0

20 Mar 2025 • 9:38 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Peserta Khatam Al-Quran 4.0 menerima sijil penyertaan, sagu hati dan sumbangan daripada Zamri (tengah) dan Nur Izzara Aisyah Amirrul Minim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuda, Klang yang baharu kehilangan ayah pada 10 Mac lalu menerima sumbangan dan sijil penyertaan.

"Saya rasa bangga kerana mampu khatam al-Quran di bulan mulia ini. Meskipun sudah berjaya menamatkan 30 juzuk, namun saya akan tetap konsisten untuk mengamalkan bacaan kitab suci ini.” - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Muhammad Faiz Mohd Shukri, 17

"Ini merupakan khatam al-Quran pertama dilakukan di luar sekolah dan membuatkan saya berasa teruja serta gembira untuk menyertainya. Saya berharap program ini menyediakan sesi tafsir untuk mendalami pengajaran daripada al-Quran supaya ia membantu peserta memahami maksud lebih mendalam daripada sekadar membaca.” – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Muhammad Khalirul Rahman Labiq Mat Isa, 17

image is not available
Ustaz Aniq (tengah) menyampaikan tazkirah selepas selesai sesi khatam al-Quran. (Gambar kecil dari kiri: Muhammad Faiz; Hanan Sofea; Muhammad Khalirul Rahman Labiq)

"Saya akan lebih konsisten untuk mengamalkan alQuran walaupun berjaya khatam ketika berada di sekolah rendah. Saya juga berharap program Khatam al-Quran di Kumpulan Karangkraf diteruskan supaya lebih ramai kawan sekolah dapat sertainya.” – Murid Sekolah Rendah Seksyen 18, Hanan Sofea Hashim, 12

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved