
Siapa yang tak teruja kan bila Hello Kitty adalah salah satu tema penerbangan kali ini. Saya dan keluarga dapat merasai pengalaman ini dengan terbang bersama Hello Kitty Jet dibawakan khas oleh Eva Air. Eva Air merupakan syarikat penerbangan dari Taiwan. Jika memilih Eva Air, pesawat ini akan transit di Airport Taipei Taoyuan di Taiwan.
Apa yang menariknya tentang pesawat Hello Kitty Jet?.
Boarding pass dengan cetakan Hello Kitty. Selalunya boarding pass cuma lambang pesawat dan agak kosong. Cetakan Hello Kitty ini menambah seri.
Tag bagasi juga dicetak dengan karakter Hello Kitty.

Mempersembahkan Hello Kitty Jet. Ini belum lagi kita tinjau apa yang ada di dalam pesawat.

Masa memasuki pesawat ini, saya dan anak perempuan saya berasa sangat teruja kerana apabila masuk di dalam pesawat, kami disapa oleh lapik tempat duduk Hello Kitty. Sangat comel.

Di dalam pesawat juga, monitor memaparkan karakter kartun ini termasuklah plastik headphone dan beg mabuk udara serta kad keselamatan pesawat.




Jika ingin tidur pula, bantal Hello Kitty juga disediakan.

Setelah 1 jam di udara, pramugari akan menyiapkan hidangan untuk penumpang. Pramugari yang manis ini menggayakan apron Hello Kitty. Sungguh comel apronnya. Mahu meminta sebagai kenang-kenangan, saya malu pula. Hehe.

Ini adalah makanan yang dihidangkan. Saya dan keluarga membuat permohonan untuk makanan halal. Terdapat lobak merah yang dibentuk seperti ribbon Hello Kitty.

Cawan minuman dan pelapik makanan juga berkonsepkan Hello Kitty. Makanan yang dihidangkan juga enak. Makanan kami ditanda dengan 'Moslem Meal'.

Sudu, garfu, pisau plastik dan pengacau minuman di dalam pesawat ini. Saya meminta izin kepada pramugari untuk membawa balik sudu, garfu dan pisau untuk dibuat kenang-kenangan.


Keterujaan tidak berhenti di sini sahaja. Saya terpanggil untuk meninjau apa yang menarik di dalam tandas pesawat. Menariknya tisu tandas dan bekas sabun juga Hello Kitty.


Setibanya kami di Airport Taipei Taoyuan, ada juga disediakan bilik menyusu dan persalinan Hello Kitty. Nampak comel biliknya.

Nak menukar lampin bayi pun tidak menjadi masalah di sini.

Cantik dan comel itulah yang saya katakan pada pondok telefon ini.

Jika anda inginkan pengalaman menaiki Hello Kitty Jet ini seperti saya dan keluarga saya, boleh la melayari http://www.evakitty.com/en/ untuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan ini. Hello Kitty Jet kini terbang ke:
- Taipei - Sapporo
- Taipei - Bali
- Taipei - Chicago
Cara untuk melihat samada pesawat yang kita naiki itu Hello Kitty atau tidak boleh kita semak di link di atas. Saya cuba mencari tarikh pesawat Hello Kitty pada bulan Mei, 2023 dari Taipei - Bali. Kemudian klik Inquiry.

Jika ada lambang ribbon, maka pesawat ini adalah pesawat Hello Kitty. Ini adalah tarikh pergi dari Taipei - Bali.

Ini pula adalah tarikh balik dari Bali - Taipei.

Ada cadangan untuk bercuti? Cepat-cepat la tempah tiket melalui tiga laluan di atas. Servis pesawat ini akan bertukar laluan jika sampai masanya. Saya dan keluarga sempat merasai pengalaman ketika Hello Kitty Jet terbang ke laluan Taipei - Los Angeles dan Los Angeles - Taipei. Pasti anak anda akan seronok merasai pengalaman berharga ini....percayalah.

Ezna Khalili adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
