Pengamal media bantu tepis berita palsu: Nizam

27 Jan 2024 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pengamal media dapat membantu dalam usaha menepis penularan berita palsu kepada masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Kitingan berkata lambakan berita palsu di pelbagai platform pada masa kini sering mengelirukan orang ramai.

“Pengamal media membantu dalam membetulkan berita palsu dengan memberikan laporan yang terkini dan sahih bukan semata-mata hanya ingin mendapatkan berita-berita sensasi sahaja.

“Penulisan berimpak tinggi dapat mengubah pemikiran masyarakat bagi menepis berita palsu dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika merasmikan Majlis Malam Mesra Media yang dihadiri oleh 13 agensi media.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Nizam turut berkata media merupakan perantara penting dalam merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin melalui liputan serta penulisan yang diterbitkan bagi menjelaskan pelbagai isu.

“Pengamal media tanpa jemu banyak membantu pihak kerajaan dalam membuat liputan berkenaan program pembangunan yang dilaksanakan.

“Pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri perlu disebarkan agar masyarakat dapat melihat sendiri usaha yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan agenda Sabah Maju Jaya dapat direalisasikan,” ujarnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.