Pengamal media diminta lapor pihak berkuasa jika alami gangguan seksual - Fahmi

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 6:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media Mingguan Kabinet pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pengamal media yang mengalami gangguan seksual semasa bertugas di lapangan diminta segera melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan keselamatan pengamal media sentiasa terjamin serta keadilan dapat ditegakkan kepada setiap mangsa.

"Saya ingin beri jaminan (kepada) semua wartawan, sekiranya anda jadi mangsa gangguan seksual tidak kira anda lelaki atau wanita. Sila buat laporan polis dan juga sampaikan makluman kepada saya,” katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum ini seorang wartawan wanita dilapor mengalami gangguan seksual ketika bertugas bagi liputan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada bulan lepas.

Mengenai insiden berkenaan, Fahmi berkata, beliau difahamkan kes itu diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved