Pengambilalihan konsesi menara Kl tidak memihak kepada mana-mana pihak - Fahmi

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 5:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengambilalihan konsesi menara Kl tidak memihak kepada mana-mana pihak - Fahmi

image is not available

21/04/2025 - 17:17

KUALA LUMPUR 21 April (Bernama) - Isu pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak memihak kepada mana-mana pihak berkepentingan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, notis pengosongan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan juga bukan bentuk penindasan sebaliknya ia langkah berasaskan undang-undang.

Fahmi berkata kes tersebut kini dalam proses perundangan di mahkamah dan semua pihak diminta memberi ruang kepada proses keadilan berjalan.

image is not available

"Tindakan yang diambil adalah demi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi yang mengarahkan Menara KL ditutup sementara waktu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan sebelum itu memaklumkan bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan, dan penyelenggaraan Menara KL telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM).

Menurut kenyataan itu pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di atas tapak Menara KL selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.

Sehubungan itu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.-Bernama

standard