Seragam Pekerja Rosak: CEO Pos Malaysia Mohon Maaf, Tekad Lebih Empati dan Prihatin

LocalOpinion
19 Apr 2025 • 8:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia mohon maaf kepada kakitangan terkesan dengan satu isu dalaman membabitkan pakaian seragam rosak.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Charles Brewer berkata dia juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.

“Saya mengakui bahawa respon saya sebelum ini seharusnya lebih berempati. Saya berazam untuk terus memupuk budaya kerja yang menghormati dan menyokong semua warga Pos Wira,” katanya.

image is not available

image is not available

CEO Pos Malaysia Mohon Maaf

Dalam usaha memperbaiki keadaan, Pos Malaysia turut memaklumkan bahawa proses dalaman sedang ditambah baik agar penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.

“Komitmen ini penting bagi memastikan setiap anggota Pos Wira dapat berkhidmat dengan selesa dan yakin dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat,” tambah kenyataan itu.

image is not available

Langkah proaktif Pos Malaysia ini menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang mengharapkan syarikat terus komited menjaga kebajikan pekerjanya.