Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dipelawa dan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP secara online yang dibuka mulai 14 September 2026 hingga 13 November 2026 di pautan https://pma.maiwp.gov.my/…/stureg/stureg_status.php…
Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang Sekolah Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

Apakah Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah ?
Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.
Cetusan idea tersebut telah membawa kepada satu Mesyuarat Penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah Bil. 1/2014 yang diadakan pada 6 November 2014 dan dipengerusikan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan sendiri.
Mesyuarat tersebut telah bersetuju agar cadangan penubuhan pondok moden ini dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Dakwah (JKPPD), MAIWP.
Mesyuarat JKPPD Bil. 1/2014 yang bersidang pada 6 November 2014 telah membincangkan cadangan penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah ini serta bersetuju memperakukannya ke Mesyuarat MAIWP.
Dalam membina dan menubuhkan pondok moden ini, maka telah diadakan satu bengkel bagi merangka silibus dan kurikulum Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah dengan jayanya pada 17 hingga 18 Februari 2015 yang turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada institusi pendidikan awam dan swasta terdiri daripada ulama’ dan asatizah.
Dalam kerangka untuk penubuhan pondok ini, pihak MAIWP telah mengadakan banyak siri lawatan semata-mata untuk melihat dan mengambil sejumlah maklumat agar pondok yang ditubuhkan benar-benar menepati kehendak dan objektif.
Antara lawatan tersebut ialah pada 22-25 Februari 2015 telah melawat ke Selatan Thailand. Antara tempat yang diziarahi adalah Pondok Darul Furqan, Kampung Mundok Sungai Golok Narathiwat yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Ghazali bin Harun.
Sahah Tuan Guru Ismail Sepanjang Al-Fatoni di Kampung Dusun Sepanjang daerah Penarik Pattani.Jamiah Ulama’ Fatoni Darulssalam di Yala di mana kebanyakkan mereka mempunyai pondok masing-masing.Sekolah Ma’ahad Tarbiah Fatani dipimpin oleh Dr Kamil.Pondok Lubuk Tapah Pondok Rahmaniah, Kelantan.Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok Kelantan.Pada 10-12 Mac 2015 telah diadakan lawatan ke Gontor Ponorogo Jawa Timur, Indonesia. Lawatan tersebut ke Pondok Moden Darussalam Gontor yang dipimpin oleh Kyai Hassan selaku Pengasas pondok di sana.
Lawatan di teruskan ke Universiti Darussalam Gontor bersama Rektor Prof. Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan lawatan balas dari pihak universiti ke MAIWP telah diadakan selepas itu.
Pada 16 ogos 2015 Pondok Moden Al-‘Abaqirah dengan rasminya memulakan pengambilan pelajar baru seramai 44 orang.
Alhamdulillah sehingga kini jumlah pelajar masih lagi kekal seramai itu. Pondok turut di sokong oleh tenaga pengajar seramai 9 orang termasuk Syeikh Al-Mudir.
Hasil daripada lawatan kerja tersebut, didapati sekolah-sekolah pondok yang telah beroperasi melaksanakan sistem pembelajaran yang hampir sama iaitu pembelajaran kitab turath dan ada juga yang menggabungkan ilmu kitab dan akademik.
Alhamdulillah, pada 23 Mac 2015 Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-’Abaqirah.
Sistem Pengajian
Pengajian di pondok ini mempunyai 8 semester dalam tempoh pengajian 4 tahun yang mana jadual pengajian bermula seawal 5.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Pondok ini menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar (STAM), Pengajian kitab Turath (Arab, Jawi dan Hadith), Pengajian Al-Quran (Hafazan) dan daurah.
Antara kitab pengajian yang digunapakai adalah seperti berikut:
1. Turath Arabi
- Al-Hikam Wa Al-Amthal
- Al-Insya’ Wa Al-Imla’
- Durus Al-Lughah Al- Arabiyyah
- Matan Al-Ajrumiyyah
- Matan Al-Bina’
- Al-Ba’ith Al-Hasis
- Mulakhos Qawa’id Al-Lughoh Al-Arabiyyah
- Al-Warakat
- Tafsir Al-Jalalain
- Matan Abi Syuja’
- Mukhtashor Ibn Abi Jamrah
- Nuzhah Al-Nazor
- Aqidah Al-Nawwam
- Manzumah Baiquniah
2. Turath Jawi
- Pelita Penuntut
- Matan Al-Arba’in Al-Nawawiyyah
- Hidayah Al-Salikin
- Bidayatul Hidayah (Akhlak)
- Ayyuhal Walad
- Tuhfah Al-Sibyan
- Bidayatul Hidayah (Tauhid)
- Riyadhussolihin
- Tanbih Al-Ghafilin
- Muniyatul Musholli
- Sairus Salikin
- Bahrul Mazi
- Furu Al-Masail
- Penawar Bagi Hati
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Lelak warganegara Malaysia.
- Keutamaan bagi asnaf yang bermastautin ATAU menetap di Wilayah Persekutuan.
- Berusia 16 tahun.
- Cemerlang dalam akademik (Bahasa Arab dan Pendidikan Islam: TP4) ATAU menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz) ATAU menghafaz minimum Matan Ajrumiah dan Matan Bina’ ATAU menghafaz Matan Arba’in Imam al-Nawawi (institusi pondok).
- Berminat mempelajari kitab-kitab Turath (Arab, Jawi dan Hadis).
- Berakhlak mulia dan aktif dalam kokurikulum.
- Lulus pemukiman temu duga.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 14 September 2026 hingga 13 November 2026.
Cara Permohonan Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut https://pma.maiwp.gov.my/…/stureg/stureg_status.php…
Manual permohonan pelajar baharu boleh dirujuk melalui file di bawah:
MANUAL PERMOHONAN PELAJAR BAHARU 2023DownloadSoalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah?Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah merupakan institusi pendidikan yang berasaskan pembelajaran kitab turath dan serta menggabungkan ilmu kitab dan akademik.
Terdapat 4 Kurikulum utama iaitu:
– Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
– Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar (STAM)
– Pengajian kitab Turath (Arab, Jawi dan Hadith)
– Pengajian Al-Quran (Hafazan) dan daurah.
Permohonan hanya dibuka untuk kemasukan berumur 16 tahun atau Tingkatan 4.
Jika saya tidak bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adakah saya boleh memohon?Keutamaan pemohon adalah bagi asnaf yang bermastautin atau menetap di Wilayah Persekutuan.
Adakah pemohon yang bakal memasuki pondok moden ini akan melalui proses temu duga?Ya. Murid yang terpilih mestilah lulus pemukiman temu duga.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan?Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://pma.maiwp.gov.my/…/stureg/stureg_status.php…
Info Lanjut
Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP, sila ikuti perkembangan di pautan berikut di Facebook Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP atau laman MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/.
Baca juga:



