Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – Zahid

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 4:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – Zahid

JAKARTA – Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik susulan keputusan Lembaga Pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, dalam menguruskan hal ehwal kerajaan, semua pihak terus bertindak secara profesional dengan keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif.

“Hubungan tetap baik dan biarpun kami ahli-ahli politik, tetapi dalam menguruskan hal ehwal kerajaan, kita bertindak secara profesional, dan itu tidak ada sebarang masalah kerana semua keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri adalah keputusan yang dibuat secara kolektif.

“Hubungan peribadi setakat ini, Alhamdulillah, cukup baik dan sebagai anggota di dalam Kerajaan Perpaduan, prinsip ketatasusilaan itu tetap kami jaga selagi kami berada dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Najib yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang diputuskan Lembaga Pengampunan, yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong adalah keputusan yang terikat dengan beberapa klausa di dalam Perlembagaan Malaysia, dan tentunya Tuanku telah mengambil perkiraan bahawa aspek perundangan menjadi panduan terhadap keputusan pengampunan.

“Jika mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan Tuanku Agong, ertinya ia tidak selari dengan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan, dan UMNO serta BN sendiri berpendirian bahawa undang-undang itu harus dipatuhi.

“Pendirian itu adalah jelas sebagaimana kenyataan-kenyataan yang pernah saya keluarkan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

The post Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – Zahid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved