Pengampunan Najib: Peguam Negara diminta segera menghadap Agong – PM

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 6:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengampunan Najib: Peguam Negara diminta segera menghadap Agong – PM

SHAH ALAM – Peguam Negara diminta segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ampun dan memberikan penjelasan berhubung permasalahan berkait isu pengampunan bersyarat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu bagi membolehkan Peguam Negara memperincikan kekangan undang-undang yang timbul susulan titah berkenaan, terutama berkaitan kes kedua Najib yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebarang hujah yang mempertikai perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, justeru tidak timbul sebarang kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang diperkenankan.

Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap Najib. – KOSMO! ONLINE

The post Pengampunan Najib: Peguam Negara diminta segera menghadap Agong – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved