
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 24 tahun dibebaskan daripada pertuduhan melakukan khianat dengan membakar rumahnya dan mengakibatkan jirannya maut serta beberapa lagi cedera ketika kejadian, tanpa diperintah membela diri.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membebaskan dan melepaskan Mohd Firdaus Rahinj Abdul Rahim daripada pertuduhan itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Firdaus.
Mohd Firdaus didakwa melakukan kesalahan itu pukul 12.01 tengah malam, 12 Okt 2020 di sebuah rumah di Rumah Murah Kepayan, di sini.
Dia didakwa membakar rumah itu dan kejadian terbabit telah menyebabkan kematian Liew Han Chong, 44, dan dua penyewanya iaitu Sofina Awang Putting, dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun melecur di tangan, lengan dan lutut mereka.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kesalahan itu di bawah Seksyen 476 Kanun Keseksaan.
Dalam keputusan itu, mahkamah berkata selepas mengambil kira keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, tiada bukti mencukupi untuk mahkamah membuat kesimpulan secara prima facie bahawa tertuduh yang memulakan kebakaran.
Mahkamah berkata kes pendakwaan mendedahkan satu lagi kemungkinan kesimpulan bahawa kebakaran itu mungkin berpunca daripada faktor lain, terutamanya memandangkan keterangan daripada salah seorang saksi dan terdapat bukti jelas tidak dapat disimpulkan.
Pihak pendakwaan memanggil lapan saksi semasa perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain manakala peguam Luke Ressa Balang mewakili Mohd Firdaus.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
