Penganggur Didakwa Bunuh Bapa

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 4:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.

Iznan Syahir Mohammad Tasnim, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini pada 3.01 pagi 13 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Disember untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved