Tak Puas Hati Isu Harta Keluarga, Lelaki Didakwa Bunuh Bapa

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 3:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang penganggur berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri minggu lalu.

Bunuh bapa sebab harta

Menurut laporan Kosmo, tertuduh, Iznan Syahir Mohammad Tasnim hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M.S. Arunjothy.

image is not available

Foto: Kosmo!

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di kediaman mereka di Bandar Seri Permaisuri, Cheras kira-kira jam 3.01 pagi, 13 September lalu.

Kes berkenaan dikendalikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntkkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Prosiding dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

image is not available

Mahkamah menetapkan 11 Disember ini bagi sebutan semula kes.

Siasatan polis sebelum ini mendapati mangsa ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kecederaan serius pada muka dan kepala.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, suspek yang juga anak mangsa ditahan selepas dipercayai bertindak demikian kerana perselisihan mengenai isu harta keluarga.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin)