Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung, Positif Dadah Ketika Kejadian

25 Nov 2026 • 8:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung, Positif Dadah Ketika Kejadian

TELUK DATOK - Seorang lelaki penganggur berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok semalam atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di kediaman mereka di Taman Banting Baru, pada 13 November lalu.

Tertuduh, S M Madavan, didakwa membunuh V Kanagavalli, 51, dalam kejadian yang berlaku antara jam 2.30 pagi hingga 3.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun jika sabit kesalahan.

Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kesalahan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin dan menetapkan 19 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid.

Pada 14 November lalu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan, suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian ibunya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan seorang wanita yang meninggal dunia menerusi pusat panggilan kecemasan MERS 999.

Sebelum ini, suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Getaran, 25 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved