Penganggur didakwa bunuh lelaki di perhentian bas

25 Jul 2024 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh seorang lelaki berumur 31 tahun pada 13 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mazlan Mat Noh, 47, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mazlan didakwa membunuh Abdul Hayyiy Ismail, 31, di perhentian bas di Lorong Che Majid, Jalan Sultan Yahya Petra pada 9.29 pagi, 13 Julai lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minumum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 13 Julai lepas, Abdul Hayyiy yang berumur lingkungan 30-an ditemui maut oleh orang awam di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas dipercayai akibat ditikam di belakang badan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved