Pengangkutan awam percuma untuk OKU

18 Jan 2023 • 4:54 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU) dan akan memikirkan mekanisme terbaik bagi pelaksanaannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau pada Rabu.

Menurutnya, sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung beliau sempat berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu.

Sebelum ini, komuniti OKU diseru untuk menggunakan pengangkutan awam dengan lebih banyak, agar pihak bertanggungjawab dapat menambah baik keperluan golongan itu.

Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi berkata ini kerana jika komuniti OKU banyak menggunakan pengangkutan awam, mereka dapat memberi maklum balas untuk penambahbaikan bagi keselesaan golongan tersebut.

image is not available
Presiden OKU Sentral & Pengerusi BERNAMA, Datuk Ras Adiba Radzi


“Golongan OKU disarankan untuk keluar dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini, supaya mereka dapat tahu apa yang mereka perlu untuk penambahbaikan,
” kata Datuk Ras Adiba Radzi kepada media semasa tinjauan kemudahan OKU di Mass Rapid Transit (MRT) stesen Kampung Batu dan stesen Sri Damansara tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved