Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

26 May 2024 • 6:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei lalu. – Gambar Facebook

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda, apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini, hari ini.

Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik COVID-19. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved