Pengantin Lelaki Bersanding Pakai Kostum Ultraman Jadi Perhatian Ramai [Video]

Entertainment
28 May 2024 • 12:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, bersanding merupakan antara adat yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin.

Ia merupakan kemuncak majlis perkahwinan apabila pasangan pengantin dilayan seperti raja dan permaisuri sehari.

Lazimnya, kebanyakan pasangan akan mengenakan persalinan yang mencerminkan masyarakat Melayu seperti pakaian yang diperbuat daripada kain songket sesuai dengan tema tradisional majlis persandingan itu.

Selain tradisional Melayu, antara tema lain yang sering menjadi pilihan pengantin untuk membuat majlis adalah bertemakan taman, pantai atau Bollywood.

Setiap tema mempunyai persalinan tersendiri yang memerlukan pengantin mengenakan pakaian sesuai dengan pilihan mereka.

Pengantin Lelaki Pakai Kostum Ultraman

Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin ini apabila pengantin lelaki memilih untuk memakai kostum Ultraman Taro ketika majlis persandingan.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @redrangerspenang, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak di atas karpet merah menuju ke pelamin.

Apa yang menjadi perhatian adalah pengantin lelaki yang mengenakan kostum Ultraman manakala pengantin perempuan memakai pakaian songket tradisional Melayu.

@redrangerspenang

Selamat pengantin baru buat ultraman taro (@Zie ) dan pasangan Wedding of Zulhafizie & Qayyimah Video by : Abang Daizrulizam #ultramantaro #selamatpengantinbaru #ultraman

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Melalui video asal yang dikongsikan oleh pengantin lelaki itu di akaun @ziesenin98, difahamkan dia memilih untuk mengenakan kostum ketika majlis persandingannya di Miri, Sarawak kerana minatnya terhadap watak superhero dari siri televisyen itu.

Malah, pengantin lelaki itu turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada isteri serta kedua ibu bapanya kerana menyokong minatnya itu sehingga dia boleh mengabdikan kostum itu dalam majlis perkahwinannya.

@ziesenin98

Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi …sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga ❤️❤️❤️❤️ #ultraman #ultramantaro #majliskawin #sayangkeluarga #sayangisteri #hobbies #collection #fypシ #selamatpengantinbaru #mirisarawak #sarawak

♬ golden hour – JVKE

Hantaran Tarik Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat tontonan lebih empat juta itu nyata menarik perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pemilihan kostum tersebut.

Malah, ada yang berseloroh dan mendakwa pengantin lelaki itu menyorokkan perkahwinan daripada seseorang hingga menyebabkan dia memilih untuk mengenakan persalinan sedemikian.

Namun, ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia menyuapkan makanan ketika sesi makan beradab dengan pakaian sedemikian.

Pada masa yang sama, ada warganet yang turut menyatakan keinginan untuk melakukan perkara yang sama namun mereka bimbang dengan pendapat orang ramai.

Berikut antara komen warganet:

“Pandailah Dia Pakai Baju Ultraman Tu, Sebab Nak Elak Bini Tua Tahu”

image is not available

“Aku Nak Pakai Kamen Rider Tapi Laki Aku Tak Bagi”

image is not available

“Selamat Pengantin Baru, Tak Pernah Orang Buat Kahwin Pakai Kostum Ultraman”

image is not available

“Ini Kaw-Kaw Bincang Dengan Keluarga Kedua Belah Sebelum Keputusan Dibuat”

image is not available

“Nanti Ada Anak, Boleh Tunjuk Dekat Anak, Mesti Dia Bangga”

image is not available

Source: