“Ultraman pun dah kahwin” – Pengantin Lelaki Bersanding Pakai Kostum Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
28 May 2024 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari persandingan merupakan antara momen yang paling diingati sepanjang hidup selepas bergelar suami isteri.

Terbaru, satu pasangan pengantin tular di media sosial apabila pengantin lelaki memakai sepersalinan penuh kostum siri animasi Jepun yang ikonik iaitu Ultraman.

Dalam perkongsian TikTok @redrangerspenang, difahamkan majlis persandingan itu diadakan di Miri, Sarawak, pengantin lelaki yang memakai kostum Ultraman Taro itu didampingi pengantin perempuan yang memakai busana pengantin serba merah hati. Matching ya!

@redrangerspenang

Selamat pengantin baru buat ultraman taro (@Zie ) dan pasangan Wedding of Zulhafizie & Qayyimah Video by : Abang Daizrulizam #ultramantaro #selamatpengantinbaru #ultraman

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan pengantin lelaki @ziesenin89 itu sudah pun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak untuk memakai kostum tersebut, malah keluarga mereka itu juga sangat menyokong minat kedua-dua mempelai itu.

“Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi, sehingga kedua-dua pihak keluarga kami supportif minat kami sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga,” tulisnya di kapsyen.

“Akhirnya Ultraman kahwin juga…”

Perkongsian di TikTok itu sudah pastinya menarik perhatian netizen kerana ianya sesuatu yang sangat luar biasa dan unik.

image is not available

Wah, mesti pasangan ni peminat Ultraman!

Sumber: TikTok (1),(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.