Seorang jurugambar bebas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pasangan pengantin yang merupakan kliennya selepas mengakui mengambil makanan di majlis perkahwinan mereka tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan mengakui perbuatannya itu merupakan satu kesilapan dan tidak sepatutnya dilakukan ketika sedang menjalankan tugas.

“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya semasa bertugas di sebuah majlis perkahwinan klien saya pada Ahad, 19 Julai lalu.”
“Saya mengakui bahawa saya telah mengambil makanan tanpa jemputan atau kebenaran daripada pihak klien saya. Saya sedar tindakan tersebut adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.”
Menurut jurugambar itu, dia turut memenuhi permintaan pasangan pengantin berkenaan dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang diambil, selain membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa mendedahkan identiti mereka.

Dalam hantaran sama, jurugambar tersebut turut berkongsi bukti transaksi pembayaran sebanyak RM500 yang telah dibuat kepada klien sebagai ganti rugi.
Dia berharap kejadian berkenaan dapat dijadikan pengajaran, bukan sahaja buat dirinya, malah kepada jurugambar dan juruvideo lain supaya sentiasa menjaga adab serta profesionalisme ketika bertugas di majlis pelanggan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Mahu Menantu Anak Raja, Ada Reputasi Terpuji" - Tunku Azizah Akui Ada Calon Menantu Pilihan Buat Tengku Hassanal
The post Pengantin Minta Jurugambar Bayar Ganti Rugi Gara-Gara Makan Lauk Kenduri, Lelaki Ini Buat Permohonan Maaf – “Dah ‘Bank In’ RM500” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





