Seorang jurugambar tampil memohon maaf secara terbuka selepas mengakui mengambil makanan tanpa jemputan atau kebenaran ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi perkongsian di Threads, individu menggunakan akaun akuhavoc_ berkata kejadian itu berlaku ketika dia bertugas di majlis perkahwinan Haziq dan Safia pada Ahad, 19 Julai lalu.
Akui salah ambil makanan tanpa kebenaran
Menurutnya, perkara itu sudah diselesaikan dengan pihak client selepas dia membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM500.

Dalam hantaran susulan, jurugambar itu turut berkongsi bukti resit dan pembayaran ganti rugi berjumlah RM500.


Menjelaskan kejadian, jurugambar itu berkata dia sudah terbiasa dengan keadaan di mana tuan rumah membenarkan jurugambar makan ketika bertugas.

Kali ini, dia mengakui kesilapannya kerana terlupa meminta izin terlebih dahulu. Jelasnya lagi, client tidak menetapkan jumlah bayaran tetapi dia sendiri mahu bayar RM500 supaya isu selesai dengan segera.
The post Ditegur Makan Tanpa Izin Di Kenduri ‘Client’, Jurugambar Tampil Mohon Maaf appeared first on Oh! Media.





