Pengantin Perempuan Bersanding Dengan Dua Lelaki, Netizen Persoal Siapa Suami Sebenar

Entertainment
14 Feb 2024 • 7:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pengantin perempuan bersanding dengan dua pengantin lelaki di Pamekasan Madura, Jawa Timur.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @mua_rahmawati telah memuat naik satu video majlis perkahwinan yang menunjukkan seorang wanita bersama dua orang lelaki mengenakan persalinan pengantin.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, pengantin perempuan itu sedang mengambil gambar bersama kedua-dua lelaki berkenaan di atas pelamin.

Kedudukan pengantin wanita tersebut yang berada di antara dua orang lelaki berkenaan seakan-akan menunjukkan dia berkahwin dengan dua orang lelaki.

Pengantin perempuan bersanding dengan dua lelaki

image is not available

Selesai mengambil gambar, wanita berkenaan bersalaman dengan lelaki yang kelihatan lebih berusia daripadanya selain turut disalami oleh lelaki yang kelihatan muda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat pelbagai spekulasi adakah benar wanita tersebut berkahwin dengan dua orang lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Namun begitu, ada juga netizen menganggap kemungkinan perkara ini berlaku kerana adik berkahwin dahulu dan mereka melakukan sedemikian sebagai penghargaan kepada abangnya.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, TribunNews melaporkan bahawa pengantin wanita berkenaan bukanlah bernikah dengan kedua-dua lelaki sebaliknya hanya merakam gambar bersama pak ciknya.

Lelaki yang kelihatan agak berusia merupakan pak cik kepada salah seorang daripada mempelai dan memakai baju pengantin kerana mahu mengambil gambar bersama isterinya sendiri.

Difahamkan, pak cik itu dan isterinya tidak mempunyai foto ketika berkahwin dahulu, maka mereka memutuskan untuk bergambar kenang-kenangan pada majlis terbabit.

image is not available

Ketika video berkenaan diambil, isteri kepada pak cik pengantin itu tidak dapat menyertai mereka kerana dipercayai masih belum selesai berdandan.

Sumber: TikTok @mua_rahmawati, TribunNews