
JAKARTA – Seorang wanita di Musi Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan bertuah apabila menerima wang berjumlah 500 juta rupiah (RM113,534) dan satu set barang kemas sebagai mas kahwin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan keluarga pengantin lelaki membawa sebuah dulang dipenuhi wang tunai bernominasi antara 100,000 rupiah (RM23) dan 50,000 rupiah (RM11).
Satu lagi dulang dipenuhi barang kemas seperti rantai dan gelang emas, dengan berat keseluruhan mencecah sekitar 120 gram.
Rakaman itu mencatatkan lebih 118,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siapakah wanita yang beruntung itu?” kata seorang netizen.
“Kalau duit banyak, kenapa tidak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Pengantin perempuan beruntung terima mas kahwin lebih RM113,000 appeared first on Kosmo Online.
