
JAKARTA- Majlis perkahwinan sepasang pengantin suku Sunda di Indonesia tular di media sosial selepas pengantin perempuan diarak menuju ke pelamin oleh dua orang memakai kostum adiwira popular, Power Rangers, lapor agensi berita kumparan.
Menurut media tempatan, Wolipop yang memetik akaun Instagram @dbox.project, individu di sebalik kostum Power Rangers berkenaan bukanlah kru perkhidmatan hiburan yang disewa khas.
Sebaliknya, mereka merupakan abang kandung kepada pengantin perempuan.
Tindakan memakai kostum Power Rangers itu dilakukan semata-mata demi menepati janji yang pernah dibuat kepada adik bongsu mereka sejak sekian lama.
Aksi penuh bermakna itu mendapat pelbagai reaksi positif pengguna media sosial.
Rata-rata, netizen menyifatkan detik tersebut sebagai simbol kasih sayang mendalam sesama adik-beradik yang disampaikan secara kreatif dan menghiburkan. – AGENSI
The post Pengantin perempuan diarak ‘Power Rangers’ naik pelamin appeared first on Kosmo Digital.
