
Kebanyakan pengantin lelaki akan memberikan mas kahwin kepada isteri mereka dalam bentuk wang, sepersalinan kelengkapan solat atau Al-Quran kan.
Namun, bagi pasangan pengantin di Lombok, Indonesia ini pula, mereka telah memilih kain kafan sebagai mas kahwin atau mahar!
Pemilihan kain kafan sebagai mas kahwin tersebut sudah tentunya telah meraih perhatian ramai netizen kerana ia jarang dibuat orang.
Mas kahwin pasangan tersebut telah meraih perhatian setelah video akad nikah mereka dikongsikan di TikTok baru-baru ini.
@panggilaku_panda seperangkat kain kafan,mengingatkan kita pada kematian #lombokviral #fyp #kawinviral #maharkainkafan
Menurut akaun TikTok tersebut, kain kafan sebagai mas kahwin itu memang diminta sendiri oleh pengantin perempuan. Difahamkan, si suami ada menawarkan barang lain kepada bakal isterinya namun wanita berkenaan tetap mahu kain kafan.

Dalam video yang berdurasi selama 42 saat itu, dapat dilihat bahawa pengantin lelaki turut memberikan wang sebanyak 2,580 juta Rupiah (lebih kurang RM753).
Memetik laporan Wolipop, pengantin perempuan memilih mas kahwin tersebut kerana ia mengingatkan manusia tentang kematian.
Selain itu, ia juga mengingatkannya bahawa ajal akan memisahkan cinta.
Apa-apa pun, kita doakan agar pasangan pengantin baru ini akan kekal hingga ke jannah.
Sumber: Wolipop
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


