Pengantin Terkejut Jumpa Sultan Pahang Masa “Photoshoot”

4 Jan 2026 • 2:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengantin Terkejut Jumpa Sultan Pahang Masa “Photoshoot”

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan hari perkahwinan yang indah dan penuh kenangan. Sebab itulah, sesi photoshoot pengantin sering dianggap momen ‘wajib’ untuk merakam detik bergelar “raja sehari”.

Tambahan pula, dengan kepakaran jurugambar tempatan serta teknologi kamera yang semakin canggih. Ramai pasangan sanggup menempah jurugambar profesional demi mendapatkan gambar kenangan paling bermakna dalam hidup mereka.

Namun, lain pula ceritanya dengan pasangan pengantin ini apabila berlaku kejadian tidak dijangka ketika sesi photoshoot mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan pasangan pengantin yang tidak sengaja terserempak dengan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @fatinsuhana_, kejadian itu berlaku ketika pasangan pengantin tersebut sedang menjalani sesi photoshoot luar di kawasan berhampiran Istana Temerloh.

Kelihatan kereta rasmi yang membawa Sultan Pahang berhenti di tepi jalan sebelum Baginda dan Tengku Ampuan turun dari kenderaan.

Beramah mesra, siap hulur ‘angpau’

Dalam rakaman tersebut, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang dilihat beramah mesra dengan pasangan pengantin berkenaan.

Lebih mencuri perhatian, Tengku Ampuan Tunku Azizah turut menghulurkan sampul kepada pasangan pengantin itu.

“Pagi tadi tengah shoot pengantin outdoor dekat belakang Istana Temerloh, pengantin dapat angpau dari Tuanku masa shoot outdoor,” tulis @fatinsuhana_ dalam kapsyen videonya.

@fatinsuhana_

pagi tadi tgh shoot pengantin outdoor dekt belakang istana temerloh, pengantin dapat angpaw dari tuanku masa shoot outdoor image is not available @Shahmirul

♬ original sound – aten – aten

“Raja sehari jumpa raja setiap hari…” – Netizen

Video berkenaan pantas menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata menyifatkan pasangan tersebut sangat bertuah kerana dapat pengalaman yang tidak semua orang berpeluang alami.

“Bertuah sangat pasangan mempelai ni…”

“Kenangan teramat terindah 2026, bukan senang tu…”

“Sejarah dalam hidup, sampul tu albumkan tau…”

“Isi dalam sampul tak penting, tapi sampul tu paling penting! Bukan senang nak dapat kan…”

Bagi pasangan ini, kenangan tersebut pastinya akan dikenang sepanjang hayat, malah mungkin menjadi kisah yang akan diceritakan kepada anak cucu kelak.

Semoga pasangan pengantin ini terus berbahagia dan rumah tangga mereka diberkati, seindah kenangan yang tercipta pada hari itu.