Pengantin Terkejut, Wanita Tunggang Motosikal Redah Khemah Majlis Kahwin Sampai Depan Pelamin

Entertainment
13 May 2023 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling menggembirakan buat pasangan raja sehari kerana akhirnya disatukan juga dengan orang yang disayangi.

Namun, buat pasangan pengantin ini pula mereka terkejut ketika sedang bergambar di atas pelamin apabila seorang wanita selamba tunggang motosikal ke dalam khemah majlis sehingga ke depan pelamin.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, tindakan wanita yang menunggang motosikal yang lengkap memakai jaket dan topi keledar tersebut telah sempat dirakam oleh jurugambar perkahwinan.

Setelah video berkenaan tular di media sosial, ada netizen yang berpendapat bahawa wanita tersebut mungkin adalah bekas kekasih pengantin lelaki.

image is not available

Namun, sangkaan itu salah kerana wanita itu sebenarnya dikatakan terpaksa meredah khemah majlis kahwin kerana khemah itu telah menghalang jalan yang ingin dilaluinya.

Wanita berkenaan terpaksa memutarkan semula motosikalnya untuk keluar dari khemah majlis itu sebab jalan tersebut dah jadi jalan mati buat sementara waktu disebabkan ada khemah dan pelamin majlis itu.

image is not available

Entah siapa yang salahhhh, ku tak tahuuuu…

Sumber: Detik.com

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.