
Pengantin Wanita Viral Miliki Ketinggian Luar Biasa Meninggal Dunia
Seorang pempengaruh wanita yang tular kerana memiliki ketinggian luar biasa dilapor meninggal dunia kira-kira jam 11 malam, pada Khamis.
Allahyarhamah Syahirah yang dikenali menerusi TikTok @itsscha_here dilaporkan baru sahaja mendirikan rumah tangga lapan hari lepas.
Berita dukacita ini dimaklumkan oleh adik kepada arwah yang dikenali sebagai Wani menerusi video di TikTok, hari ini.
Bagaimanapun, punca pemergian Allahyarhamah tidak dikongsikan lebih lanjut oleh adiknya.
Miliki ketinggian luar biasa, pengantin wanita viral meninggal dunia
@itsscha_here Replying to @Rouge #tall #tallcouple #kawin #brideshower @syahmi__07
Mohon kepada orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan maafkan segala salah silap Scha. Kalau Scha ada berhutang mohon bagitahu atau halalkan,” kata Wani.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kisah pasangan pengantin yang memiliki ketinggian luar biasa sehingga mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, Allahyarhamah memiliki ketinggian kira-kira 186 sentimeter (cm) manakala suaminya pula berketinggian 195 cm.

Menjengah ke ruang komen hantaran yang dibuat oleh Wani itu, rata-rata warganet merasa terkejut mendengar perkhabaran hiba itu.
“Tak sangka awak sudah tiada Scha. Dia sedara sebelah suami saya. Al-Fatihah buat mu Syahirah,” komen Heffa.
“Salam takziah. Terkejut saya, baru semalam nampak kat TikTok video pasangan pengantin tinggi ni. Walau tidak kenal, turut berduka. Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Amin,” komen Cik Phiya pula.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah.
Sumber: @itsscha_here via TikTok
The post Pengantin Wanita Viral Miliki Ketinggian Luar Biasa Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.




