Pengarah Asia Brands Dr Lim Weng Khuan meninggal dunia pada usia 67 tahun

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengarah Asia Brands Dr Lim Weng Khuan meninggal dunia pada usia 67 tahun Image from: Pengarah Asia Brands Dr Lim Weng Khuan meninggal dunia pada usia 67 tahun johardy26/10/2026 - 18:30 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Okt - Dato’ Dr Lim Weng Khuan, tokoh pengurusan korporat dan sumber manusia yang berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Asia Brands Bhd, meninggal dunia pada 24 Oktober 2026 pada usia 67 tahun.

 

Sepanjang kerjayanya, mendiang pernah memegang jawatan kanan di beberapa syarikat Malaysia dan organisasi multinasional termasuk HLG Capital Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd dan Kumpulan Tan Chong.

 

Pengalaman profesional mendiang merangkumi pengurusan sumber manusia, pentadbiran korporat dan kepimpinan organisasi.

 

Mendiang pernah berkhidmat di HLG Capital pada 1996, Fraser & Neave Holdings pada 2000, HSBC Bank Malaysia pada 2003 dan Kumpulan Tan Chong pada 2010.

 

Selepas bersara daripada kerjaya korporat pada 2020, Lim menyertai lembaga pengarah Asia Brands pada 29 Ogos 2022.

 

Mendiang mempengerusikan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan syarikat serta menganggotai Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko.

 

Latar pendidikan dalam undang-undang dan perniagaan

Lim memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of London pada 1988 sebelum memperoleh Sijil Amalan Guaman pada 1990.

 

Mendiang kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Hull pada 1995 dan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan daripada University of South Australia pada 2005.

 

Asia Brands memaklumkan bahawa perkhidmatan mendiang sebagai ahli lembaga pengarah berakhir pada 24 Oktober susulan pemergiannya.

 

Syarikat itu akan mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh tiga bulan dengan pelantikan diselesaikan selewat-lewatnya pada 23 Januari 2027. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved