Pengarah Astro Shaw, Labu Meninggal Dunia

LocalEntertainment
29 May 2026 • 8:57 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pengarah Astro Shaw, Labu Meninggal Dunia

KUALA SELANGOR — Industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pengarah filem, Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu, yang dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Berita duka itu disahkan oleh anak saudaranya, Wan Sleep, yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 petang di kediamannya di Taman Kuala Selangor Jaya.

Menurut beliau, keluarga telah membuat laporan polis dan kini sedang menunggu proses pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa.

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi di rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya.

“Laporan polis sudah dibuat dan kami masih menunggu pemeriksaan lanjut. Kemungkinan jenazah akan dikebumikan esok pagi,” katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Tinggalkan Pelbagai Karya Popular

Allahyarham dikenali sebagai antara pengarah yang banyak menghasilkan karya untuk Astro Shaw serta industri hiburan tempatan.

Antara hasil arahannya termasuk filem Malam Terlarang, siri drama X-Change, drama komedi B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit serta filem Wantugo yang dijadualkan menemui penonton tidak lama lagi.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat industri kreatif tanah air, khususnya dalam bidang pengarahan dan penerbitan drama serta filem tempatan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – The Malaysian update

The post Pengarah Astro Shaw, Labu Meninggal Dunia appeared first on The Malaysian Update.